Tuesday, June 17, 2014

Memperbaharui Insuran Kenderaan & Cukai Jalan ( Renew Auto Insurance & Road Tax )

Memandangkan road tax kereta buah hati akan tamat pada penghujung Jun nanti, saya pun berhasrat untuk memperbaharui secepat mungkin. Senang je nak renew road tax ni, yang penting pulus mesti ada.. dah nama pun cukai... 

Sebenarnya cukai jalan boleh diperbaharui dalam 60 hari lebih awal sebelum tamat, tapi sebelum dapat renew road tax kena renew insurans dulu... 

Sekiranya anda mempunyai salinan policy insurans yang terdahulu, anda boleh membawa polisi tersebut ke cawangan insurans atau agen insuran untuk memperbaharui polisi insuran anda. Jangan risau!!! tempoh perlindungan untuk insuran anda tetap sama walaupun anda memperbaharui dengan lebih awal, begitu juga dengan cukai jalan anda.. Tarikh tamat akan tetap sama pada setiap tahun. 

Anda juga boleh memilih mana mana syarikat insurans yang anda inginkan dan tidak perlu risau tentang NCD (diskaun tanpa tuntutan). NCD yang anda ada sekarang akan tetap sama walaupun anda membeli insurans dari syarikat yang berlainan.

Anda juga boleh memilih untuk membeli perlindungan cermin kenderaan anda. Anda perlu ingat, insurans yang sedia ada tidak melindungi cermin kenderaan anda sekiranya pecah atau retak dek bukan kerana kemalangan. 

Setelah memperbaharui insurans kenderaan anda, kini anda boleh memperbaharui cukai jalan pula. Kalau x sempat, esok lusa pun boleh. Bukankah anda ada 60 hari lg...

Nak renew road tax kena ada geran kenderaan. Kalau xda, anda boleh guna perkhidmatan MyEg. Anda juga boleh menuntut geran kenderaan anda daripada bank tempat anda membuat pinjaman untuk perbelian kenderaan itu. Contohnya jika anda membuat pinjaman di Public Bank cawangan Kangar, anda boleh ke sana untuk mengambil geran itu. Kini anda boleh menyimpannya untuk urusan pembaharuan cukai jalan pada tahun tahun seterusnya. 

Anda boleh ke Pejabat JPJ yang berdekatan atau Pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan anda. Anda hanya perlukan pulus dan juga geran kenderaan anda untuk memperbaharui cukai jalan. Polisi insuran tidak diperlukan lagi, kerana dengan adanya sistem yang canggih anda secara automatik tidak dapat memperbaharui cukai jalan sekiranya belum memperbaharui insurans kenderaan anda.

Pandu dengan cermat, jangan lupa pakai tali pinggan keselamatan.