Sunday, February 28, 2010

Tukar Nama Kenderaan

Panduan Tukar Nama Kenderaan


Pada hari itu, aku terpaksa bangun awal pagi untuk menuju ke PUSPAKOM Johor Bahru kat Taman Daya sana. Jalan tidaklah sesak sangat, so sempat sampai awal ke PUSPAKOM. Walau bagaimana pun, aku tetap menjadi pelanggan yang Ke 3 pada hari itu untuk pemeriksaan B5 bagi menukar nama pemilik kenderaan. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan untuk tukar nama kenderaan juga dikenali sebagai pemeriksaan B5.

Untuk menukar nama pemilik kenderaan, apa yang anda perlukan ialah:

1) Borang JPJK3 yang telah di tandatangani oleh pemilik asal sebanyak 2 salinan.

2) Geran asal kereta tu. (JPJK2)

3) Borang TM-AB yang di lekatkan salinan IC anda dan pemilik asal yang telah disahkan oleh pesuruh jaya sumpah.
So, maksudnya borang TM-AB ni ada 2 salinan la, satu untuk IC anda satu lagi untuk IC pemilik asal.
(klu kat jpj jb sana byr upah pesuruhjaya RM8)

4) Laporan asal pemeriksaan tukar milik oleh PUSPAKOM.
(Cek PUSPAKOM kena bayar RM30)

5) Cover note Insuran atas nama pemilik yang baru.
(Klu insuran masih lama lg nak expired, g jer kat wakil insuran ke, bg tau nak tukar nama. Nt kat cover note tu akan d gugurkan nama pemilik asal dan di gantikan atas nama yg anda nak, dlm RM15 kot charge ny)

6) Bayaran tukar nama yang boleh dibayar secara tunai.
Bagi Semenanjung, RM100. Bagi Sabah & Sarawak, RM40.
Jgn marh yer klu ada yg kena byr mahal, sebab ni bukan aku yang tentukan..

7) Check List (Borang TM-1)

Kalau dah ada ke semua 7 benda kat atas tu, boleh la g kaunter JPJ untuk urusan tukar nama.. X lama pon kalau semua dokumen lengkap...

Klu kat JB, blh la isi suma borang tu dulu, dapatkan cop pesuruhjaya sumpah, pastu bru g cek PUSPAKOM. Dah cek PUSPAKOM (klu lulus) blh beli insuran kat dpn JPJ sana n g tukar nama. PUSPAKOM and JPJ berdepan jer.. Jimat banyak masa...

Ni yang setakat Feb 2010 la.. xtau plak kalau ada pindaan laen... tp rasanya 5 tahun lg bru ada pindaan kot..