Tuesday, October 6, 2015

Lebihan Miyak Pelincir Kereta.. Apa nak buat?

Kalau korang hantar kereta ke bengkel untuk service, perkara utama yang dilakukan oleh juruteknik ialah menggantikan minyak pelincir enjin kereta anda. 

Pastinya ada baki sedikit di dalam bekas minyak itu, biasanya juruteknik akan kembalikan bekas minyak itu kepada anda. Apa yang anda lakukan kepada baki minyak itu? 

1) Kembalikan kepada juru teknik? 
2) Bawa balik rumah dan lupuskan ke dalam tong sampah? 
3) Simpan kat rumah sahaja, sebab tak tahu nak buat apa? 

Sebenarnya anda boleh simpan baki minyak itu, dan kumpulkan setiap kali anda menghantar kereta anda ke bengkel. 

Bila dah banyak, anda boleh guna minyak pelincir itu untuk "flush" enjin kereta anda untuk membersihkan enjin dari saki baki karbon (yang membuatkan minyak berwarna hitam) dan juga besi besi halus kesan dari geseran engin kereta anda. 

 Anda cuma berikan baki minyak yang terkumpul itu kepada juruteknik dan minta dia 'flush' enjin kereta terlebih dahulu sebelum memasukkan minyak pelincir yang baru. 

1) Juruteknik akan membuang minyak pelincir terpakai dari kenderaan anda. 
2) Memasang semula drain plug dan memasukkan minyak pelincir terkumpul yang anda berikan. 
3) Hidupkan enjin selama beberapa minit. 
4) Membuang semula minyak dari enjin. 
5) Memasang drain plug, menggantikan penpis minyak, dan memasukkan semula minyak pelincir yang baru. 

 Kini enjin kereta anda lebih bersih berbanding hanya menggantikan minyak enjin seperti biasa. Anda tidak perlu melakukan seperti ini setiap kali anda servis kereta anda... 2 tahun atau 3 tahun sekali sudah memadai. 

Anda juga boleh guna engine flushing fluid untuk memersihkan emjin kereta anda dari varnish dan karbon.

1 comment:

  1. Kumpulkan dalam 1 bekas shj la kan?tp kalau ada jenama berlainan blh ke campur sekali?

    ReplyDelete