Monday, February 14, 2011

Bagaimana Turbocharge Berfungsi


Turbocharger terdiri daripada sebuah pemampat (compressor) dan turbin (turbine) yang bersambung oleh shaft yang sama, oleh itu jika turbine berputar pemampat juga berputar sama. Lubang masuk ke turbin menerima gas ekzos yang panas daripada enjin yang menyebabkannya berputar. Putaran turbin ini juga menyebabkan pemampat berputar dan memampatkan udara sejuk sebelum menghantarkannya ke manifol masukan pada tekanan yang tinggi, ini membenarkan jumlah udara yang besar memasuki silinder.

Sekarang, mari kita mengenali beberapa asa sebelum terus mara kehadapan. Terdapat dua cara untuk menambah kuasa sesuatu enjin. Salah satu daripanya melalui meningkatkan kandungan campuran udara dan bahan bakar dengan menambah bahan bakar yang memasuki enjin (menekan pedal pemecut dengan berlebihan). Ini tentu sahaja akan menambahkan kuasa tetapi kita terpaksa menangung kos yang bahan api yang tinggi dan juga kadar pencemaran yang tinggi. Salah satu cara lagi ialah dengan menambah jumlah isipadu udara yang memasuki silinder enjin dan menambahkan bahan api secara berkadar. Ini akan meningkatkan kuasa dan kecekapan campuran bahan api tanpa memudaratkan alam sekitar dan juga wang ringgit anda untuk membeli bahan api. Inilah yang sebenarnya di lakukan oleh turbocharge, meningkatkan kecekapan isipadu enjin anda.

Didalam enjin yang bernafas secara semulajadi (natural aspirated engine), lejang masuk yang berlaku mewujudkan suatu kawasan yang mempunyai tekanan yang rendah bagi menarik lebih banyak udara untuk memasuki silinder enjin tersebut melalu injap masukan (intake valve). Di sebabkan silinder enjin mempunyai tekanan yang rendah berbanding tekanan persekitaran (lebih kurang 15psi), ini menyebabkan udara dari luar memasuki silinder enjin ataupun dikenali sebagai kebuk pembakaran (combustion chamber). Kebolehan udara memasuki kebuk pembakaran ini juga di kenali sebagai kecekapan isipadu. Dan jika kita boleh meningkatkan perbezaan tekanan yang lebih tinggi, ia akan menyebabkan lebih banyak udara yang akan memasuki kebuk pembakaran dan meningkatkan kecekapan isipadu enjin itu. Turbocharger biasanya di gunakan untuk tugas seumpama ini, meningkatkan perbezaan tekanan merentasi injap masukan (tekanan selepas injap yang jauh lebih rendah berbanding sebelum injap).

Kelebihan

1) Kuasa yang lebih berbanding saiz enjin yang sama.

2) Kecekapan haba yang lebih baik berbanding enjin penafasan semulajadi (natural aspirated engine) disebabkan penggunaan semula gas ekzos daripada dibazirkan begitu sahaja.

3) Kecekapan bahan api yg lebih baik.

Kekurangan

1) 1) Peningkatan kuasa dan tork yang tidak sekata dan sukar untuk diramalkan

2) 2) Kos yang tinggi untuk pemasangan dan penyelenggaraan





No comments:

Post a Comment