Thursday, February 10, 2011

Minyak Enjin (Engine Oil)




Bila sahaja anda terdengar perkataan minyak enjin atau engine oil, itu merujuk kepada minyak pelincir yang digunakan di dalam enjin kenderaan anda dan bukannya bahan bakar seperti petrol atau diesel yang dikenali juga sebagai "fuel". Engine oil ni blh didapati dalam banyak jenis, dan yang paling utama ialah penggunaannya bergantung kepada kelikatan (Viscoucity) minyak tersebut.

Kelikatan ialah geseran dalaman sesuatu bendalir. Kesan kelikatan dapat dilihat di bendalir di dalam paip, aliran darah, madu, dan sebagainya. Sebagai contoh, darah lebih sukar mengalir berbanding air, ini bermaksud darah lebih likat daripada air. dan madu pula lebih sukar mengalir berbanding darah, ini bermaksud madu lebih likat daripada darah.

Menurut SAE (Society of Automative Engineering) grading minyak engine ini bergantung kepada kelikatannya, semakin besar nombor gred tu, semakin likat la minyak tu. Cthny 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, and 60.

Jika anda perasan, kebanyakan minyak mempunyai gred seperti ini, 10W-30. Ini bermaksud minyak itu mempunyai gred yang pelbagai (Multigred). huruf "W" di dalam gred itu bermaksud "winter" dan boleh digunakan dikawasan yang mempunyai suhu di bawah takat beku sehingga -10 deg.C dah ia juga blh digunakan di kawasan yang panas sesuai dengan penggunaan minyak gred 30 iaitu lebih kurang 30 deg.C.

jika anda fikir sendiri, perlukah kita menggunakan minyak pelincir gred "winter"???? Malaysia xpena turun salji pun, tapi kenapa syarikat petrolium nasional kita membuat minyak pelincir multigred dan memasarkannya di Malaysia? Buknkah single gred sudah mencukupi?? malahan harganya pasti lebih murah dan tidak membebankan berbanding minyak enjin multigred.

So, apa pandangan anda??? Adakan semua ini di sengajakan ataupun hanya satu kebetulan?


No comments:

Post a Comment